Sabtu, 03 Mei 2008

ALL ABOUT WINDOWS

WINDOWS XP

Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah kependekan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada

SEJARAH XP

Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak daripada proses pembangunan Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows 98, Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me, iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows XP.

Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak daripada itu 2 pek servis telah dilancarkan. Pek servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat pembangunan

KEUNGGULAN XP

Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat perisian mereka tema paparan

Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun internet.

Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.

dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan SATA.

memfokuskan terhadap keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth

WINDOWS ME

Windows Me atau Windows Millennium Edition adalah sebuah versi Windows yang didisain khusus untuk pengguna rumahan, dan ditujukan untuk menggantikan pasar sistem operasi sebelumnya, Windows 98. Windows sendiri adalah sistem operasi buatan Microsoft Corporation. Seperti versi Windows sebelumnya, Windows Me merupakan sistem operasi transisi antara 16-bit ke 32-bit, sehingga semua program 16-bit dan 32-bit dapat didukung dengan matang olehnya. Oleh Microsoft, Windows ME ini diluncurkan pada tanggal 14 September 2000.

WINDOWS VISTA

Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005.

KEUNGGULAN VISTA

Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista lebih mudah dan pantas

Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar

Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows Explorer yang membentuk cangkerang utama dalam Windows kini disepadukan dengan panel kawalan Control Panel serta beberapa perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan serta memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows

User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada sistem komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik komputer sendiri untuk mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini kepada sistem komputer. Bagi mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan menegluarkan tetingkap pertanyaan bagi mengesahkan sebarang perubahan kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan pentadbir boleh melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan kata laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan pengguna akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar membetulkan jam dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun pentadbir dapat mengawal sistem dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko keselamatan.

Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel, membolehkan pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu membuka Internet Explorer.

Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows memanfaatkan ruang kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik prestasi ingatan Windows.

KEKURANGAN VISTA

Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh dikatakan agak berat. Tapi mungkin dengan seiring majunya teknologi, Windows Vista akan mudah diterima.

.

Tidak ada komentar: